17 May 2016

Diari seorang penganggur #1

(Cerita bosan dari seorang penganggur)


Hai?


Mestilah kene ada gambar acahcah sebagai kenangan praktikal kan?

     Selasa lepas results semester 6 keluar. Makanya, tamat lah diploma aku yang pasang surut tu. So far, sem 2 & 5 adalah semester terburuk aku. Terburuk sebab kenangan dua sem tu sangatlah tak best selain daripada pointer yang dapat juga tak best (tapi aku peduli apa dengan pointer sebab aku tak kejar pun benda tu).

     Semester yang paling membanggakan aku semestinya semester 6, iaitu Latihan Industri (LI). Dia jadi membanggakan sebab aku mampu lawan segala bebanan emosi, fizikal dan mental aku. Hal tu tak termasuk kene hadap perempuan lanjut usia yang suka meroyan dan serahkan semua tugas ke budak LI (dengan kata lain, budak tu aku) dan seterusnya mendapatkan pujian boss sebab kerja dia siap tepat waktu (ye, semestinya dengan bantuan aku juga). Tu belum lagi ditambah dengan bebanan seperti kene handle segala jenis nepal dekat kilang. Yang jenis nak usha kau atas bawah walaupun kau dah pakai baju selabuh mungkin ditambah dengan lab coat yang bersaiz dua kali lebih besar daripada badan.

     Sebab aku dah fedap sangat dengan praktikal, lepas dah penat buat baik bagi muka sampai muka kene pijak, dah last tu kitaorang nekad buat perangai. Kitaorang punch card keluar, dan punch card masuk lepas sepuluh minit (budak praktikal tak payah thumbs print). Lepas tu terus pusing satu Kepong cari kepsi yang paling best sampai masuk area Selayang apa semua. Dah lepas seronok pusing pusing, kitaorang masuk office dan production dengan selamba. 


Lepas kenyang orang belanja, kita mesti angkat satu dua gambar untuk tunjuk ke office okay?

     Memandangkan aku praktikal dekat kilang, jadi memang sangat tak dibenarkan lah pegang phone sepanjang dekat production. Dan memandangkan aku praktikal bawah ** Department, jadinya ada masanya aku dipergunakan dekat dalam office. But well, zaman praktikal ajar aku macam macam. Even kene buli, kene maki dalam office sampai aku menangis, bertekak dalam office semata nak tegakkan kebenaran, tapi selagi kau orang bawahan, selagi tu kau macai, okay? But atleast....... (Kalau cerita kang panjang jadi tak payah lah eh...)


     Dan disebabkan faktor tekanan yang melampau dan asyik kene buat kerja orang lain, makanya lepas je aku dengan kawan aku habis LI, ramai ramai pekerja yang dekat department kitaorang hantar surat resign. (Jangan risau, department aku tak sampai 10 orang pun).


Ini warehouse. Selalunya aku kene jaga sini sorang dan yang lain semua nepal. Kau bayangkan aku sorang perempuan dan yang lain semua lelaki.... Kau bayang...... (Warehouse ni besar sebenarnya tapi tak boleh tunjuk semua)


***

      Sebenarnya ada company call pagi tadi untuk interview. Tapi memandangkan company tu dekat KL dan aku dekat Johor, makanya interview tu terpaksa postpone minggu depan. Dan memandangkan mak terdengar perbualan tu dan tahu, jadinya mak amek keputusan untuk merajuk sebab aku bakal jauh dari family lagi. Kalau abah yang terdengar, abah lah yang paling suka sebab abah kata asalkan ada orang nak amek aku kerja dan related dengan kos aku. abah okay je. 

Tapi................

Interview je kot. Belum tentu dapat. Mak sambung merajuk nanti lah eh bila orang dah comfirm jauh dari family lagi? Hehehehe......

p/s : post lama semua dah buang sebab aku malu baca cerita lima enam tahun lepas.....